Saturday, September 18, 2010

TUKANG BAKAR

BALIK RAYA BARU NI ,TAK AKU SANGKA MASA BELI SURAT KHABAR BAHU AKU DITEPUK DARI BELAKANG DAN PALING SERONOKNYA YANG MENEPUK BAHU AKU KAWAN LAMA SEKOLAH AKU MASA DIJELEBU ABU BAKAR

MASA DISEKOLAH GELARAN NYA BURN ,SATU GENG NAKAL NAKAL MASA DISEKOLAH AGAKNYA ITU YANG MEMBENTUK AKU DAN BURN PADA HARI NI,DEGIL

DARI STALL NEWSPAPER KAMI BERPINDAH KE KEDAI MAMAK,PUAS JUGAK PUSING SATU PEKAN JELEBU ,YANG OPEN MASA RAYA HANYA WARUNG MAMAK TONGKANG BAWAH POKOK KEKABU... LA NI ANAK NYA DAH TAKEOVER BISNIS BAPANYA TEMPAT KAMI MONTENG DAN NYEMBANG NUNGU BAS BALIK PAS SEKOLAH.

'KAU BUAT APA SEKARANG BURN'....

AKU LA NI ORANG PANGGIL NAMA AKU TUKANG BAKAR KAU GI KUALA KURAU  SEBUT TUKANG BAKAR SEMUA KENAL

TAK SANGKA KAU DAH JADI TUKANG SEKARANG NI....

 KAU TUKANG RUMAH KE ATAU TUKANG PERABUT HEBAT BETUL KAU YA BURN KATA AKU

DAK LAH AKU TUKANG BAKAR BILA ADA HINDU MATI AKU LAH YANG TUKANG BAKAR

LA AWAT HANG TA HABAQ AWAI AWAI KATA KU...

Wednesday, September 8, 2010

PENGHAYATAN BERPUASA 29

http://www.facebook.comLiat bangun sahur...Lapar ujian Iman...
Penglihatan penuh Godaan...Pendengaran hiruk pikuk Pasar Ramadhan
Sedih kehilangan orang disayang..Tabah kesempitan kehidupan...
Sayu terasa kekurangan Diri..Gembira menanti menjalang Syawal tiba..
Pertemuaan sanak saudara bakal tiba dihari Raya..Peringatan agar semua perjlanan selamat ...
AKU REDHA MENANTI RAMADHAN TAHUN DEPAN

Wednesday, June 23, 2010

GURINDAM LARA..

BISMILLAH

BELIUNG PATAH PARADAH PATAH
PENEBANG KAYU BERDAMAR

RAHANG RANGAH KOK
BERKATA LIDAH NYA PATAH
BERLAWAN TULANG NYA LEBAH

KALIMAH KAN ALLAH
KALIMAH KAN MUHD

LAILLAH HA...
ALLAH HU..

Monday, June 14, 2010

KIBARAN PANJI PANJI MEB ~ 2020

Pembentangan RMK10 kearah mencapai Negara Maju 2020 memerlukan satu aliran arus penghijrahan drastik fizikal dan minda.

 Hari ini  macam macam peluang yang terbentang luas
samaada pelaburan , pembangunan infra , perkhidmatan , dan apa bentuk atau konsep semua menjurus kearah Pembangunan Sosial Peribadi atau memaksimumkan Modal Insan.

"BOLEH KE MENTRANFORMASIKAN FIKIRAN DAN MINDA KITA"

Kata Guru Ekonomi ,
"Apa orang lain ta usahakan kita lakukan ,itu Definasi Ekonomi" betul ke ?

Monday, May 31, 2010

HARI INI DALAN SEJARAH..

Semalam hadir kongres ekonomi orang melayu yang diterajui olej Presiden Perkasa dalam  menyampaikan resolusi kat YAB PM..semangat semangat

Apa yang menarik kehadiran ngo ngo melayu yang prihatin atas daya saing orang melayu tambahan ada makan makan tapi tu semua ta penting..yang menjadi igauan wasiat Raja raja Melayu

Biarkan lagu Oh Bangau menjadi siulan buat mereka yang hipokrit
dan menyalahkan kegagalan diri pada orang lain

Biarkan mereka membakar kelambu haya merasa ta puashati kat kebisingan nyaringan  nyamuk nyamuk

Biarkan hari ini menjadi sejarah buat generasi masa depan bukan nya mudah membina sebuah negara  dengan rakyat pelbagai kaum yang berpaksikan Ketuanan Raia raia Melayu
 Salam 1Malaysia

Friday, May 21, 2010

NYAYIAN NEGARAKU MENGATASI RUKUN NEGARA

Tidak menjadi kejutan lagi pabila kerajaan mengumumkan waktu pemutihan buat warga asing yang kini merungsingkan warga tempatan SERTA menjadi isu momokan dikalangan warga tempatan apatah lagi warga asing yang berstatus PATI.

"Bisa Pak pokok nya uang"

Jadi tidak menghairankan kerna Malaysia merupakan sebuah negara aman , rakyat nya yang peramah dan murah hati lagipun hanya segelintir sahaja yang sakit hati melihat kejayaan warga asing yang berjaya menodai peluang peluang dan ruang yang disediakan atas nama sebuah Negara Malaysia.

"Lumayan pak disini, asalkan rajin berusaha"

Lambakan warga asing dari pelbagai Negara samaada masuk sebagai perkerja untuk mengisi kekosongan yang dipandang sebelah mata oleh Rakyat tempatan disebabkan status pekerjaan itu sendiri ataupun sememangnya rakyat Malaysia merasa bangga dia bergelar Warganegara Malaysia.

"Ada jalan pak boleh mohon penduduk tetap,visa atau permit di Malaysia soal ongkos bisa diatur"ungkapan yang selalu ku dengar di warung warung kopi/teh tsrik.

Kesan dari momokan cerita tadi maka tidak menghairankan kebanjiran Pati pelbagai negara merasa nyaman dan aman berada disini lalu nasib dan takdir saja menentukan agar mereka tidak  bertembung dengan rakyat Malaysia yang sakit hati melihat Negara dinodai melalui pelbagai cara seperti upah kerjaya yang rendah dan bertambah lagi sakit hati bila anak gadis dan wanita tempatan menjalin hubungan dengan warga asing .

"Udah jodoh disini pak dapat isteri Malaysia"

Ini lah trend masakini untuk mendapatkan status PR langsung membuka perniagaan maupun menjadi supir taksi ataupun sektor pengangkutan dan yang mana nasib  tidak menyebelahi mereka isteri Malaysia ini di bawa pulang kenegara asal mereka dan menjadi mangsa adalah biro biro kerajaan dan mak bapak serta anak yang dilahirkan, untuk mencari jalan dibawa pulang disebabkan pelbagai isu dan keadaan yang membelenggu mereka.

"Orang Malaysia pun apa kurang nya  India ,Cina Melayu pun ada kawin ngan perempuan Indon disini pak"

Aku terus diam dan senyap buat ketika memikirkan anak anak Indon Islam yang berkahwin dengan kaum lain samaada warga tempatan maupun asing selain  dari orang Melayu,
Bagaimanakah status pernikahan mereka..agama masa depan mereka..dan alam persekolahan mereka dan yang menghantui pikiran ku  apabila mereka meningkat dewasa kelak adakah mereka menjadi warga yang peramah mesra ,berilmu dan kuat asas agama mereka..Tawakkallah

Monday, April 26, 2010

CERITA LAMA DAN KISAH BARU.

Abang Balya penuh semangat bersama YB Mukriz semasa Pelihanraya kecil Hulu Selangor.Banyak cerita lama dan banyak kisah baru di kongsi bersama.

DALAM BAIK ADA KEJAHATAN

Di sini terbongkar satu lampiran kertas tulisan tangan yang agak sukar untuk dibaca yang bertajuk.


Di perkampung ini tinggal seorang yang Alim dalam beribadah dan setiap kali masuk waktu Solat ..Pak Alim gelaran yang diberi penduduk kampung ,akan membersihkan dirinya lalu menyarungkan pakaian yang bersih putih untuk bersama sama berjemaah di surau berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Walaupun buta kedua matanya ,Pak Alim lebih berdikari dalam mengurus segala keperluannya kehidupan seharianya ,dan adakala nya jiran tetangga turut membantu untuk membeli barangan  keperluan buat Pak Alim bila mereka ke pasar , pernah jemaah bertanya pada Pak Alim
"Kami lihat Pak Alim ni sentiasa kemas dan berpakaian bersih putih setiap kali ke surau sedang kan pakaian harian Pak Alim begitu lusuh sekali" secara spontan Pak Alim menjawap
"Aku malu menghadap Rab dengan pakaian harian ku yang lusuh dan lama  "

Satu lagi peribadi Pak Alim yang membuat orang kampung Kagum ,kerana  Pak Alim akan berada di surau seawal satu jam sebelum masuk waktu ,menyediakan sejadah buat jemaah menunaikan solat serta membaca surah kuran sedangkan penduduk kampung tau Pak Alim memang buta matanya semenjak dilahirkan.

Kampung tempat Pak Alim diami berbanding dengan kampung kampung berdekatan merupakan satu perkampungan pendalaman yang mana keruntuhan moral dengan aktiviti aktiviti negetif  amat tinggi jika di bandingkan dengan perkampungan berdekatan.

Setiap kali selesai solat dan para jemaah meningalkan surau , Pak Alim berdoa  kepada ALLAH agar memberi hidayah dan petunjuk kepada penduduk kampung dan diampuni dosa mereka diatas kejahilan mereka.

PENDUDUK KAMPUNG berdekatan MERASA TAKJUB SURAU YANG DULU SUNYI kini mulai dipenuhi penduduk berdekatan surau dari hari kehari.

Melihat keadaan tersebut melalui perkhabaran para syaitan maka iblis sendiri berkunjung ke kampung Pak Alim untuk melihat perubahan penduduk yang kini mulai meninggalkan aktiviti aktiviti kemungkaran. Untuk menampung jemaah yang semakin bertambah,ketua kampung serta penduduk berpakat melalui bergotong royong membina surau baru yang lebih selesa dan besar untuk di jadikan pusat sumber ILMU serta pengajian dengan menjemput guru guru agama dari kampung kampung berdekatan dan ramai lah para ulama dan guru berebut rebut untuk berjamaah disurau Pak Alim dan mengadakan kuliah kuliah agama dan pengajian disitu.

Pak Alim masih lagi bekunjung ke surau lama memandangkan amat biasa dan arif akan susur jalannya ke surau lama tersebut walaupun kebanyakan jemaah telah berkunjung ke surau baru.
 "Pak alim tak ke surau baru ke saran jiran Pak Alim" ,
"Mana mana pun sama ujar Pak Alim lagi pun surau tu agak jauh dari rumah aku"

Dari analisa iblis punca hidayah Allah pada penduduk kampung adalah disebabkan doa Pak Alim setiap selasai Pak Alim mengerjakan solat waktu,dan iblis pun mulai mengatur rancangan agar Pak Alim tidak dapat menunaikan solat waktu di surau tersebut.

Kesempatan yang di nanti tiba bila musim tiba hujan ,maka iblis dan kuncu kuncunya menunggu masuk waktu zuhur dan apabila terlihat kalibat Pak Alim keluar rumah untuk menuju ke surau syaitan pun menolak Pak Alim lalu jatuh lah Pak Alim dan kotor baju jubah yang putih bersih kena lumpur dek lopak air yang tertakung,Pak Alim bangun dan kembali kerumah nya diiringi hilai tawa para iblis dan syaitan lanattullah.

Pak Alim amat gelisah waktu zuhur hampir tiba dan ini adalah kali kedua Pak Alim membersihkan baju nya yang kotor disebabakan terjatuh terpijak lopak, berkata hatinya agar ada jemaah lalu didepan rumahnya agar boleh memimpin nya ke surau agar dia tidak terpijak lopak air lagi hairan juga Pak Alim sebelum ni waktu musim hujan tak pernah pun air bertakung atau berlopak laluan yang biasa dia lalui ke surau.

Pak Alim pun bersiap untuk keluar buat kali ketiga setelah puas baju jubah nya yang agak kering dan kembali bersih lalu para syaitan menunggu sambil ketawa kali ni pasti Pak alim yang penting kan kebersihan tidak dapat menunaikan solat di surau,

Sedang Pak Alim melangkah tangga rumah nya yang terahkir syaitan pun menyandong kaki Pak Alim agar jatuh tersungkur dan kali ini semua pakaian pak alim akan basah dan kotor dan pasti Pak Alim akan tertinggal waktu zohur,

Semasa Pak alim melangkah pak alim terasa seperti dia tersandong sesuatu dan tak kala dia hendak jatuh tiba tiba ada tangan menahan dan memeluknya agar tidak jatuh lalu memimpin dia hingga ke pintu surau dan Pak Alim pun berterima kasih pada orang yang tidak di kenalinya lalu bertanya
"Siapa nama anak orang sini ke" lalu jawap iblis " Iblis nama ku dan terus berlalu pergi kerana bilal sudah mula berazan menandakan waktu zuhur telah tiba,Pak alim melangkah ke dalam surau sambil hati nya berkata mengapa pulak baik nya iblis hari ni ?

Lalu para syaitan pun berkumpul sekeliling iblis dengan penuh kehairanan atas tingkah laku iblis sebentar tadi untuk menuggu jawapan atas tindakan  iblis membantu Pak Alim sebentar tadi,

Dalam keadaan tergetar getar dan pucat seluruh anggota iblis berkata ' Nasib kita baik kerana aku mendapat menghidar Pak Alim dari tersungkur jatuh tadi kerana aku mendapat perkhabaran dari jibrail sewaktu Pak alim jatuh kali pertama Allah telah mengampun kan segala gosa penduduk kampung Pak alim dan kali kedua pak alim jatuh Allah telah ampun kan segala dosa kampung yang berjiran dengan kampung Pak Alim dan sekiranya Pak alim jatuh kali ketiga Allah akan mengampun kan penduduk seluruh Negeri oleh itu aku memakasa diri menahan Pak Alim dari terjatuh kali ketiga agar kerja kita menghasut kearah kemungkaran
menjadi sia sia diatas keampunan Allah

"Lagi pun satu Negeri penat bro kata iblis nak mula balik dari kosong bersih tak ada dosa"

rupanya dalam kebaikan ada kajahatan dan kadengkian ( takat tu je tulisan yang sebahgian lain tulisan dah kabur dan tak leh baca dan kesudahan cerita pun tak leh nak agak 0

Saturday, April 24, 2010

CERITA YANG TIDAK DIKISAHKAH...HIKAYAT HANG TUAH

Setelah tamat perguruan Hang Tuah dan sahabat sahabat nya dengan Adi Putra, berpesan lah Adi Putra kepada kelima lima murid nya

Hari ini tamat lah perguruan kalian   semua dan telah ku perturunkan segala ILMU buat kelian semua untuk menghadapi apa juga cabaran serta buat lah kebajikan serta pertahankan mereka mereka yang LEMAH dan sebelum kita berpisah di sini aku ingin berpesan kepada kalian untuk melengkapkan ILMU yang kalian telah pelajari.

Hang Tuah kau seorang yang SETIA , maka jangan kau pamerkan KESETIAN kamu keterlaluan ,  kelak ramai yang akan menguji kesetian dirimu.

Hang Jebat kau seorang yang HEBAT , maka jangan kau pamerkan KEHEBATAN kamu keterlaluan ,  kelak ramai yang akan mengampu memuji dirimu.

Hang Lekir kau seorang yang BERANI , maka jangan kau pamerkan KEBERANIAN kamu keterlaluan kelak ramai yang akan bersembunyi dibelakang dirimu

Hang Lekiu kau seorang yang PINTAR , maka jangan kau pamerkan KEPINTARAN kamu keterlaluan kelak ramai yang akan mempersoalkan dirimu.

Hang Kasturi kau seorang yang PETAH , maka jangan kau pamerkan KEPETAHAN kamu keterlaluan kelak ramai yang akan berhujah dengan dirimu.

Oleh itu murid murid ku ini pesanan terahkir dariku,

Sekiranya kamu berasa MALU , maka jangan kamu  pamerkan  KEMALUAN kamu keterlaluan kelak ramai yang akan histeria dan mentertawakan dirimu,ini lah kesilapan yang membawa aku memencilkan diri dipulau ini jauh dari masyarakat.

Hang Tuan dan sahabat sahabatnya berpandangan sesama sendiri menahan tawa yang ta dapat dibendung lagi lalu terbahak bahak pecah ketawa berderai dan kesudahan cerita ta dapat diketahui disebabkan sebahagian manuskrip telah di mamah oleh anai anai.



 SALAM 1 MALAYSIA

Sunday, April 18, 2010

PAK MAN BURUNG YANG AKU KENALI


OSMAN BIN HUSSAIN nama tidak asing di PUCHONG yang lebih mudah di kenali Pak Man Burung anak jati berasal dari Kepala Batas Kedah yang merantau ke Negeri Selangor mencari satu kehidupan seperti mana anak anak negeri perantau lain penuh dengan azam dan cita cita kehidupan, Di mana langit dijunjung disitu bumi dipijak DARUL EHSAN .

Dulu masa pak man berhijrah kePuchong meneroka berpindah dari setingan mengimpikan Tanah buat membina kehidupan anak cucu agar disini tempat pusaka warisan Tanah Melayu membangun sebuah perkampung bersama sama peneroka peneroka lain berbekalkan tulang empat kerat bercucuk tanam dan menghasil kan sayuran kampung untuk di jual sekitar pasar Petaling Jaya buat menyara saty KEHIDUPAN.

" Susah dan Payah masa tu " semua nya dengan tulang empat kerat dan sedikit wang hasil jualan sayur kampung buat mendirikan rumah dan perbelanjaan kehidupan harian.

KINI anak anak mana mengerti susah payah orang dulu dan PUSAKA Warisan tanah melayu kini dikelilingi PEMBANGUNAN PESAT " Puchong tak Maca dulu Lagi " orang pun boleh sesat jalan nak ke Puchong,

KINI puchong merupakan bukan milik perantau dari negeri lain begitu amat sesak nafas dan penglihatan dengan perantau perantau dari Negara LUAR " Indon, Myammar,Bangla,Cina,India,Pakistan dan Afrika pun ada keluh Pak Man

KINI anak anak muda dan orang sekarang semua tersedia "BILIK Tandas dalam rumah petik je dah nyala lampu nak apa saja depan mata komplek , pasaraya merata macam cendawan"  sampaikan nak belajar pun pilih je samaada mampu ataupun pandai saja semua dibantu.

KINI jangan cerita tentang BUDAYA itu orang dulu out of date kata anak anak keluh Pak Man,
kata Pak Man mana ada lagi semangat kampung, yang ada Budaya nak gaduh , buang bayi , rosak anak melayu kita "budaya kini MENUNDING JARI atas setiap kesilapan dan kesalahan yang berlaku"

DAN sekiranya generasi melayu lupa akan asal usul maka tak silap lah mitos berkata " Menang sorak Kampung tergadai "

DAN sekiranya generasi MELAYU masih bercakaran dan menafikan pemufakatan serta penyatuan maka tidak boleh guna pakai mitos berkata Dulu Kini Dan Selamanya "

SELAMANYA keluh Pak Man tanpa ada PENGORBANAN maka jangan mimpi untuk KEJAYAAN.

Friday, April 9, 2010

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

DULU PARA AKTIVIS MEMPUNYAI SATU MATLAMAT KEMERDEKAAN NEGARA DARI PENJAJAHAN.....

KINI PARA AKTIVIS MEMPUNYAI SATU MATLAMAT PERJUANGAN KEARAH BANGS DAN /KOMUNITI  

AHKHIR NYA  PERJUANGAN MEMPUNYAI SATU MATLAMAT KEBEBASAN HAK
DARI DIKUASAI KEPIMPINAN..

HAIRUDIN ALANG ALANG SELUK PEKASAM BIAR SAMPAI PANGKAL LENGAN

Monday, April 5, 2010

IMPIAN MENGATASI USIA ~ pAK DIN

YA RAB ANUGERAH HAMBA MU INI DGN AKAL DAN ANGGOTA BADAN YG SIHAT AGAR AKU REDHA ATAS SETIAP KETENTUAN YANG TELAH KAU TETAPKAN DAN ENGKAU MAHA MENGETAHUI SETIAP PERJALAN HAMBA MU DI MUKA BUMI INI..YA RAB YA ILLAHI YA ALLAH AMPUNI LAH SETIAP KELALAIAN WALAU SEKECIL ZARAH ATAS HAMBA MU INI DALAM MENGINGATI MU ATAS APA YANG ENGKAU PERINTAH MAUPUN YANG DILARANG ..YA ALLAH KURNIKAN LAH AKU KUDRAT SERTA KERDHAAN AGAR ESUK ADALAH HARI YANG PENUH KEBERKATAN..ALHAMDU

Wednesday, March 31, 2010

KETAKUTAN MENGATASI KUDRAT

Cerita yang didengar berkisar semasa penjajahan jepun ditanah Melayu( tak di sebutpun tanah cina atau india ) ,ceritanya semasa penjajah jepun telah mengumpul 30puluh orang pemuda kampung untuk mengusung batang kayu balak untuk dibuat laluan jembatan sungai  dikawasan pendalaman Negeri Sembilan.

Dengan 30 puluh kudrat pemuda kampung mencuba mengakat balak kayu yang sudah ditebang untuk di usung sejauh satu batu ( kiraan masa itu ) menjadi ketakutan dan kegelisahan disebabkan tak terdaya untuk dipikul oleh 30 puluh orang pemmuda kampung (mungkin disebabkan kepenatan semasa menebang balak )

Maka seorang tentera jepun dengan benet pisau panjang menghampiri mereka...Bagero ..Baga..lalu menusuk salah seorang pemuda kampung , mengelepar seperti ayam disembelih mati pemuda tersebut yang disaksikan 29 orang pemuda  lain tanpa dapat membuat apa apa tindakan selain berusaha dengan kudrat yang ada untuk terus mencuba mengankat balak tetapai masih tak terangkat juga (cemas dan ketakutan menghampiri di setiap hati pemuda kampung siapa kah mangsa bakal di tusuk oleh banet tentera jepun tersebut )

Ahkirnya dari angka 30 orang pemuda kampung maka yang tinggal hanya 20 orang pemuda kampung yang melihat satu demi satu gugurnya teman sekampung hanya di sebabkan kayu balak sebatang, 

Adakah disebabkan ketakutan maka dengan kudrat 20 orang pemuda kampung berjaya membawa balak tersebut tapakdistinasi buat laluan kenderaan tentera jepun untk mara menjajah keselatan Tanah Melayu

Hari ini dari atas kayu balak tersebut anak cucu dengan hilai ketawa riang melompat bermain dan mandi manda disungai sambil berkelah dengan keluarga...

Alfatihah buat mereka .. kudrat yang kami ada hari ini akan kami satukan menjadikan satu kekuatan agar pengorbanan kalian tidak sia sia. 

Friday, January 1, 2010

CERITA PAK DIN KAGUM

Tahun baru 2010 kawan pertama yang saya jumpa Pak din Kopi nama yang sinonim kat Puchong ,sambil duduk sembang ngan saya kat kedai nuar..fikiran saya amat kagum ngan Pak din walau dah berusia tapi masih kuat semangat nak mengubah kehidupan..macam macam projek yang di usulnya pada tahun lepas dari MLM,Jual tanah ,pasir ada saja usahanya dan setiap kali ada benda baru saya lah tempat dia tuju mungkin sekadar utk berkongsi saja atau mungkin utk mendengar pandangan saya ntah saya pun tak tau apa yang ada dalam pemikiran pak din..tapi yang pasti nya tahun 2010 pak akan berjaya dengan projek kiosk air nya pada tahun 2010..dari cerita nya kios air pak di akan bertambah 2 unit lagi pada tahun 2010 menjadikan keseluruhan 5 unit..
Dan nama Pak din Kopi akan tingal nama di telan ngan nama baru Pak din Air...

Friday, December 4, 2009

CERITA KAGUM

Semalam jumpa fren kat puchong macam biasa sembang sembang pasal koperasi yang baru aku tubuh kan my fren ni tanya sape eh kat belakang koperasi usahawan selangor ni..
pheww..macam lah aku ni banyak kenalan menteri ke tau orang power power ke dalam kerajaan sebab KUSB nak dapat kelulusan pun ambik kat dua tahun..bila dah lulus smua ahli yang nak bersama dah sebu..dah lah tu nak wat aktiviti pun ta de budget cuba wat usahasama event kita ni menumpang lalu..tapi  my inspiration is  Tun Mahathir.... ketawa dia orang cam lah aku ta kenal Tun ..rilek jab nanti sambung

Saturday, November 28, 2009

Sembang Kagum

Pejabat dirumah memberi keselesaan tanpa perlu menghadapi jam jalanraya tau nak makan hanya waktu rehat dan waktu kerja yang rutin setiap hari ,.bekerja sendiri memberi banyak ruang waktu dan adakala boleh membawa aku terfikir dan memikir apa selanjutnya yang akan berkisar di pemikiran untuk meneruskan kehidupan ini dalam mencapai satu kehidupan yang perfect.