Sunday, April 18, 2010
PAK MAN BURUNG YANG AKU KENALI
OSMAN BIN HUSSAIN nama tidak asing di PUCHONG yang lebih mudah di kenali Pak Man Burung anak jati berasal dari Kepala Batas Kedah yang merantau ke Negeri Selangor mencari satu kehidupan seperti mana anak anak negeri perantau lain penuh dengan azam dan cita cita kehidupan, Di mana langit dijunjung disitu bumi dipijak DARUL EHSAN .
Dulu masa pak man berhijrah kePuchong meneroka berpindah dari setingan mengimpikan Tanah buat membina kehidupan anak cucu agar disini tempat pusaka warisan Tanah Melayu membangun sebuah perkampung bersama sama peneroka peneroka lain berbekalkan tulang empat kerat bercucuk tanam dan menghasil kan sayuran kampung untuk di jual sekitar pasar Petaling Jaya buat menyara saty KEHIDUPAN.
" Susah dan Payah masa tu " semua nya dengan tulang empat kerat dan sedikit wang hasil jualan sayur kampung buat mendirikan rumah dan perbelanjaan kehidupan harian.
KINI anak anak mana mengerti susah payah orang dulu dan PUSAKA Warisan tanah melayu kini dikelilingi PEMBANGUNAN PESAT " Puchong tak Maca dulu Lagi " orang pun boleh sesat jalan nak ke Puchong,
KINI puchong merupakan bukan milik perantau dari negeri lain begitu amat sesak nafas dan penglihatan dengan perantau perantau dari Negara LUAR " Indon, Myammar,Bangla,Cina,India,Pakistan dan Afrika pun ada keluh Pak Man
KINI anak anak muda dan orang sekarang semua tersedia "BILIK Tandas dalam rumah petik je dah nyala lampu nak apa saja depan mata komplek , pasaraya merata macam cendawan" sampaikan nak belajar pun pilih je samaada mampu ataupun pandai saja semua dibantu.
KINI jangan cerita tentang BUDAYA itu orang dulu out of date kata anak anak keluh Pak Man,
kata Pak Man mana ada lagi semangat kampung, yang ada Budaya nak gaduh , buang bayi , rosak anak melayu kita "budaya kini MENUNDING JARI atas setiap kesilapan dan kesalahan yang berlaku"
DAN sekiranya generasi melayu lupa akan asal usul maka tak silap lah mitos berkata " Menang sorak Kampung tergadai "
DAN sekiranya generasi MELAYU masih bercakaran dan menafikan pemufakatan serta penyatuan maka tidak boleh guna pakai mitos berkata Dulu Kini Dan Selamanya "
SELAMANYA keluh Pak Man tanpa ada PENGORBANAN maka jangan mimpi untuk KEJAYAAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment