Wednesday, March 31, 2010

KETAKUTAN MENGATASI KUDRAT

Cerita yang didengar berkisar semasa penjajahan jepun ditanah Melayu( tak di sebutpun tanah cina atau india ) ,ceritanya semasa penjajah jepun telah mengumpul 30puluh orang pemuda kampung untuk mengusung batang kayu balak untuk dibuat laluan jembatan sungai  dikawasan pendalaman Negeri Sembilan.

Dengan 30 puluh kudrat pemuda kampung mencuba mengakat balak kayu yang sudah ditebang untuk di usung sejauh satu batu ( kiraan masa itu ) menjadi ketakutan dan kegelisahan disebabkan tak terdaya untuk dipikul oleh 30 puluh orang pemmuda kampung (mungkin disebabkan kepenatan semasa menebang balak )

Maka seorang tentera jepun dengan benet pisau panjang menghampiri mereka...Bagero ..Baga..lalu menusuk salah seorang pemuda kampung , mengelepar seperti ayam disembelih mati pemuda tersebut yang disaksikan 29 orang pemuda  lain tanpa dapat membuat apa apa tindakan selain berusaha dengan kudrat yang ada untuk terus mencuba mengankat balak tetapai masih tak terangkat juga (cemas dan ketakutan menghampiri di setiap hati pemuda kampung siapa kah mangsa bakal di tusuk oleh banet tentera jepun tersebut )

Ahkirnya dari angka 30 orang pemuda kampung maka yang tinggal hanya 20 orang pemuda kampung yang melihat satu demi satu gugurnya teman sekampung hanya di sebabkan kayu balak sebatang, 

Adakah disebabkan ketakutan maka dengan kudrat 20 orang pemuda kampung berjaya membawa balak tersebut tapakdistinasi buat laluan kenderaan tentera jepun untk mara menjajah keselatan Tanah Melayu

Hari ini dari atas kayu balak tersebut anak cucu dengan hilai ketawa riang melompat bermain dan mandi manda disungai sambil berkelah dengan keluarga...

Alfatihah buat mereka .. kudrat yang kami ada hari ini akan kami satukan menjadikan satu kekuatan agar pengorbanan kalian tidak sia sia.