Monday, March 17, 2014

....Cerita Orang Pasal Mati...

Ada yang Sihat... Mati
Ada yang Jatuh... Mati
Ada yang Mandi... Mati
Ada yang Terkejut...Mati
Ada yang Sakit...Mati
Ada yang Tua...Mati
Ada yang Muda...Mati
Ada yang Lahir...Mati
Ada yang Menunggu ...Mati
Ada yang Mencari...Mati
Ada yang Takut...Mati
Ada yang Mimpi...Mati
Walau apa pun ...Mati tetap Mati ...Mati itu Benar...

Siapa Punya Cerita Ni

Sahabat aku bertanya kat aku ...
"Apa yang buat wanita ini begitu unik dari pandangan mata kau"?

Terdiam jugak aku dengan soalan tiba tiba dari sahabat aku ni masa kami sedang rancak bercerita masalah pendatang tanpa asing terutama Indonesia ..

Aku teringat seorang teman pernah berkata pada aku , kau tau wanita ni boleh buat kita sakit kepala dan jantung  
Lalu aku bertanya kenapa pulak? , dengan selamba dia memberi jawapan..

Dan jawapan tu jugak aku bagitau sahabat aku yang bertanya sebentat tadi

Wanita atau perempuan masa umur 17 hingga 30 ......Dia mengancam
Wanita atau perempuan masa umur 30 hingga 40.......Dia macam macam
Wanita atau perempuan masa umur 40 hingga 60.......Dia terancam
wanita atau perempuan masa umur 60 hingga 80 .......Dia tak cam.

Tuesday, October 12, 2010

BILA DAH BERSUA

Tarikh 10/10/10 bakal meningalkan KENANGAN, melalui medium fb kenkawan yang lama tak bertemu akhirnya dapat bersua muka melepas kenangan lalu bersama masa di MINOLTA MALYSIA.

Keseronokan dapat dirasai teman teman yang tak bersua ada yang menjangkau sepuluh tahun keatas hari ini tarikh ini bertemu berkongsi cerita dan kenangan silam

Terima kasih pada Urusetia tarikh ini tidak akan kami lupakan walau pun urussetia sibuk memangil nama nama cabutan bertuah suara kami bersembang dengan teman teman mengatasi suara mic tengelam dek kami yang begitu seronok bertanya khabar dan bercerita masa silam bukan bya kami tak ambil perhatian bagi kami perhatian kami tertumpu atas kegembiraan bertemu kawan kawan lama.

Tarikh ini dan masa ini begitu pantas berlalu terasa amat singkat  masa kami bersama ,sedangkan makanan masih banyak lagi belum dijamah bagi kami selera bukan lagi jadi keutamaan sedangkan bersembang sambil tersenyum bersilang seli ketawa kecil melepas kerinduaan kenangan silam dalam mengeratkan lagi silahtulrahim , insyallah.

Ahkirkata terima kasih pada semua yang hadir"you the BEST...We the BEST ...ALL THE BEST
hingga kita bertemu kembali INSYAALLAH

Saturday, September 18, 2010

TUKANG BAKAR

BALIK RAYA BARU NI ,TAK AKU SANGKA MASA BELI SURAT KHABAR BAHU AKU DITEPUK DARI BELAKANG DAN PALING SERONOKNYA YANG MENEPUK BAHU AKU KAWAN LAMA SEKOLAH AKU MASA DIJELEBU ABU BAKAR

MASA DISEKOLAH GELARAN NYA BURN ,SATU GENG NAKAL NAKAL MASA DISEKOLAH AGAKNYA ITU YANG MEMBENTUK AKU DAN BURN PADA HARI NI,DEGIL

DARI STALL NEWSPAPER KAMI BERPINDAH KE KEDAI MAMAK,PUAS JUGAK PUSING SATU PEKAN JELEBU ,YANG OPEN MASA RAYA HANYA WARUNG MAMAK TONGKANG BAWAH POKOK KEKABU... LA NI ANAK NYA DAH TAKEOVER BISNIS BAPANYA TEMPAT KAMI MONTENG DAN NYEMBANG NUNGU BAS BALIK PAS SEKOLAH.

'KAU BUAT APA SEKARANG BURN'....

AKU LA NI ORANG PANGGIL NAMA AKU TUKANG BAKAR KAU GI KUALA KURAU  SEBUT TUKANG BAKAR SEMUA KENAL

TAK SANGKA KAU DAH JADI TUKANG SEKARANG NI....

 KAU TUKANG RUMAH KE ATAU TUKANG PERABUT HEBAT BETUL KAU YA BURN KATA AKU

DAK LAH AKU TUKANG BAKAR BILA ADA HINDU MATI AKU LAH YANG TUKANG BAKAR

LA AWAT HANG TA HABAQ AWAI AWAI KATA KU...

Wednesday, September 8, 2010

PENGHAYATAN BERPUASA 29

http://www.facebook.comLiat bangun sahur...Lapar ujian Iman...
Penglihatan penuh Godaan...Pendengaran hiruk pikuk Pasar Ramadhan
Sedih kehilangan orang disayang..Tabah kesempitan kehidupan...
Sayu terasa kekurangan Diri..Gembira menanti menjalang Syawal tiba..
Pertemuaan sanak saudara bakal tiba dihari Raya..Peringatan agar semua perjlanan selamat ...
AKU REDHA MENANTI RAMADHAN TAHUN DEPAN

Wednesday, June 23, 2010

GURINDAM LARA..

BISMILLAH

BELIUNG PATAH PARADAH PATAH
PENEBANG KAYU BERDAMAR

RAHANG RANGAH KOK
BERKATA LIDAH NYA PATAH
BERLAWAN TULANG NYA LEBAH

KALIMAH KAN ALLAH
KALIMAH KAN MUHD

LAILLAH HA...
ALLAH HU..

Monday, June 14, 2010

KIBARAN PANJI PANJI MEB ~ 2020

Pembentangan RMK10 kearah mencapai Negara Maju 2020 memerlukan satu aliran arus penghijrahan drastik fizikal dan minda.

 Hari ini  macam macam peluang yang terbentang luas
samaada pelaburan , pembangunan infra , perkhidmatan , dan apa bentuk atau konsep semua menjurus kearah Pembangunan Sosial Peribadi atau memaksimumkan Modal Insan.

"BOLEH KE MENTRANFORMASIKAN FIKIRAN DAN MINDA KITA"

Kata Guru Ekonomi ,
"Apa orang lain ta usahakan kita lakukan ,itu Definasi Ekonomi" betul ke ?

Monday, May 31, 2010

HARI INI DALAN SEJARAH..

Semalam hadir kongres ekonomi orang melayu yang diterajui olej Presiden Perkasa dalam  menyampaikan resolusi kat YAB PM..semangat semangat

Apa yang menarik kehadiran ngo ngo melayu yang prihatin atas daya saing orang melayu tambahan ada makan makan tapi tu semua ta penting..yang menjadi igauan wasiat Raja raja Melayu

Biarkan lagu Oh Bangau menjadi siulan buat mereka yang hipokrit
dan menyalahkan kegagalan diri pada orang lain

Biarkan mereka membakar kelambu haya merasa ta puashati kat kebisingan nyaringan  nyamuk nyamuk

Biarkan hari ini menjadi sejarah buat generasi masa depan bukan nya mudah membina sebuah negara  dengan rakyat pelbagai kaum yang berpaksikan Ketuanan Raia raia Melayu
 Salam 1Malaysia

Friday, May 21, 2010

NYAYIAN NEGARAKU MENGATASI RUKUN NEGARA

Tidak menjadi kejutan lagi pabila kerajaan mengumumkan waktu pemutihan buat warga asing yang kini merungsingkan warga tempatan SERTA menjadi isu momokan dikalangan warga tempatan apatah lagi warga asing yang berstatus PATI.

"Bisa Pak pokok nya uang"

Jadi tidak menghairankan kerna Malaysia merupakan sebuah negara aman , rakyat nya yang peramah dan murah hati lagipun hanya segelintir sahaja yang sakit hati melihat kejayaan warga asing yang berjaya menodai peluang peluang dan ruang yang disediakan atas nama sebuah Negara Malaysia.

"Lumayan pak disini, asalkan rajin berusaha"

Lambakan warga asing dari pelbagai Negara samaada masuk sebagai perkerja untuk mengisi kekosongan yang dipandang sebelah mata oleh Rakyat tempatan disebabkan status pekerjaan itu sendiri ataupun sememangnya rakyat Malaysia merasa bangga dia bergelar Warganegara Malaysia.

"Ada jalan pak boleh mohon penduduk tetap,visa atau permit di Malaysia soal ongkos bisa diatur"ungkapan yang selalu ku dengar di warung warung kopi/teh tsrik.

Kesan dari momokan cerita tadi maka tidak menghairankan kebanjiran Pati pelbagai negara merasa nyaman dan aman berada disini lalu nasib dan takdir saja menentukan agar mereka tidak  bertembung dengan rakyat Malaysia yang sakit hati melihat Negara dinodai melalui pelbagai cara seperti upah kerjaya yang rendah dan bertambah lagi sakit hati bila anak gadis dan wanita tempatan menjalin hubungan dengan warga asing .

"Udah jodoh disini pak dapat isteri Malaysia"

Ini lah trend masakini untuk mendapatkan status PR langsung membuka perniagaan maupun menjadi supir taksi ataupun sektor pengangkutan dan yang mana nasib  tidak menyebelahi mereka isteri Malaysia ini di bawa pulang kenegara asal mereka dan menjadi mangsa adalah biro biro kerajaan dan mak bapak serta anak yang dilahirkan, untuk mencari jalan dibawa pulang disebabkan pelbagai isu dan keadaan yang membelenggu mereka.

"Orang Malaysia pun apa kurang nya  India ,Cina Melayu pun ada kawin ngan perempuan Indon disini pak"

Aku terus diam dan senyap buat ketika memikirkan anak anak Indon Islam yang berkahwin dengan kaum lain samaada warga tempatan maupun asing selain  dari orang Melayu,
Bagaimanakah status pernikahan mereka..agama masa depan mereka..dan alam persekolahan mereka dan yang menghantui pikiran ku  apabila mereka meningkat dewasa kelak adakah mereka menjadi warga yang peramah mesra ,berilmu dan kuat asas agama mereka..Tawakkallah